Perincian Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) Selangor

Susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Kerajaan Negeri telah bersidang pagi ini bersama-sama Datuk Bandar, Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pegawai-pegawai Daerah seluruh Selangor.

Berikut adalah beberapa ketetapan yang telah dipersetujui yang ingin ditonjolkan (highlight) untuk hebahan:

(1) Makan/minum (dine-in) di restoran.

Semua restoran kini dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya termasuk makan dan minum di dalam premis dari jam 7 pagi hingga 10 malam tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial. Namun, membuka meja di kawasan kaki lima dan parkir tidak dibenarkan.

Aktiviti take away, delivery dan pandu lalu boleh diteruskan seperti biasa.

Para peniaga restoran digalakkan untuk memberi pilihan pra-tempah (pre-order) kepada pelanggan bagi mengelakkan kesesakan di dalam kedai.

Penguatkuasa PBT akan turut membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan SOP yang dikuatkuasa berada di tahap optimum.

Pihak PBT boleh mengambil tindakan penutupan premis atau lain-lain tindakan penguatkuasaan sekiranya didapati terdapat pelanggaran SOP oleh pemilik premis.

(2) Food truck dan penjaja tepi jalan (tiada premis)

Penjaja makanan dalam kategori tidak berpremis boleh mula beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam dan wajib mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti penjarakan sosial 1 meter setiap individu.

Ia juga hanya terhad kepada pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja. Tidak dibenarkan membuka meja untuk makan/minum di lokasi perniagaan.

Pihak PBT hendaklah memastikan kedudukan peniaga disusun dengan penjarakan yang sesuai atau menggunakan kaedah penggiliran bagi setiap peniaga.

(3) Kegiatan pasar awam, pasar borong, pasar segar dan pasar swasta

Sebarang bentuk aktiviti penyembelihan dan pemprosesan haiwan seperti ayam tidak dibenarkan di pasar awam, pasar borong, pasar segar dan pasar swasta , manakala aktiviti pasar yang lain dibenarkan beroperasi seperti biasa.

(4) Pasar Pagi & Pasar Malam

Larangan operasi pasar pagi dan pasar malam adalah kekal buat masa ini.

(5) Stesen Minyak (Termasuk Kedai Serbaneka)

Dibenarkan dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

(6) Pasar Raya Mini, Kedai Runcit & Kedai Serbaneka

Dibenarkan dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam

(7) Kerja pembinaan yang dinyatakan dalam Akta 520

Dibenarkan dengan syarat syarikat perlu mengemukakan pelan tindakan keselamatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kelulusan terlebih dahulu.

(8) Taman Awam/ Rakyat

Semua jenis taman kini dibenarkan untuk rakyat beriadah dari jam 7 pagi hingga 7 malam tertakluk kepada peraturan berikut:

Mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan untuk tujuan riadah sahaja.

(9) Aktiviti Pendakian (Hiking)

Dibenarkan dengan syarat syarikat perlu mengemukakan pelan tindakan keselamatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kelulusan terlebih dahulu.

(10) Taman Komuniti

Dibenarkan dari jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam

(11) Aktiviti Memancing

Dibenarkan

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan mengeluarkan Pekeliling yang lebih terperinci bagi tujuan rujukan dan penguatkuasaan lanjut sebermula 13 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020 hadapan.

Sebarang bentuk aktiviti atau perkara lain yang tidak diperincikan adalah kekal tertakluk seperti yang digariskan dalam tatacara operasi piawai (SOP) yang disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut digunapakai di Negeri Selangor.

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor

Leave a Reply