Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) Dilanjutkan 4 Minggu
Melalui perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 10 Mei 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan lagi selama 4 Minggu bermula 12 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKPB yang berkuatkuasa sehingga 12 Mei ini disambung selama empat minggu lagi walaupun negara sudah mencapai banyak perkembangan positif dalam usaha memerangi Covid-19.
“Usaha kita masih belum berjaya. Dari segi pandangan umum juga saya dapati rata-rata rakyat mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini,” katanya ketika Perutusan Khas Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Menurut Perdana Menteri, sebarang perubahan mengenai peraturan, prosedur operasi standard (SOP) atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.
Bertindak atas arahan Kerajaan Malaysia yang telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu, Interpixel Images juga akan melanjutkan lagi penutupan operasi pejabat sehingga 9 Jun 2020.
Namun, kami sudah mula menjalankan semua servis kami seperti biasa di rumah dan juga di luar pejabat dengan kawalan pergerakan yang rapi serta mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh, kami telah membuat servis Live Streaming jarak jauh dengan client kami. Nak tau macam mana? Hubungi kami sekarang! Kami boleh dihubungi melalui Whatsapp / Email.
Bagi pelanggan yang telah menempah perkhidmatan daripada kami, sila maklumkan semula jika berlaku perubahan tarikh atau lokasi bagi memudahkan kami menyusun semula slot tempahan yang telah dibuat supaya kami dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat anda.