Titah D.Y.M.M Sultan Selangor berkenaan Solat Jumaat di Negeri Selangor

Demi kesejahteraan rakyat Negeri Selangor, D.Y.M.M Sultan Selangor dengan berat hati menitahkan agar tempoh penangguhan Solat Jumaat, solat secara berjemaah dan aktiviti-aktiviti ceramah dan kuliah di semua Masjid, Surau dan Musolla di Negeri Selangor DILANJUTKAN sehingga 31 Mei 2020. Namun demikian, jika sekiranya wabak ini dapat dibendung dan diatasi dalam satu tempoh yang lebih awal maka satu arahan baru akan dikeluarkan.

Solat Jumaat hendaklah digantikan dengan Solat Zuhur dan Solat-Solat Fardhu serta Solat Sunat Tarawih pada bulan Ramadan tahun ini hendaklah dilakukan di rumah masing-masing.

Setiap rakyat perlulah lebih serius dalam usaha mencegah jangkitan wabak ini dengan duduk di rumah, menjaga kebersihan diri dan kesihatan serta mengamalkan penjarakan sosial (social distancing).

Patuhi peraturan dan arahan Kerajaan serta ikuti garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Teks penuh ada di gambar bawah

Leave a Reply