Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 24 April 2020, Jumaat bersamaan 1 Ramadhan 1441H. Demikian pengumuman yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh negeri di Malaysia ditetapkan pada hari itu menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman tersebut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 23 April 2020, jam 8 Malam.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 23 April, bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.
Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 15 lokasi di seluruh negara.
Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Tonton video pengumuman tarikh permulaan puasa 2020 di bawah.
Di kesempatan ini, kami dari Interpixel Images ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh Umat Islam di Malaysia.